Baru-baru ini penyanyi antarabangsa Miley Cyrus mendedahkan dia telah dikejar oleh makhluk yang kelihatan seakan-akan UFO ketika berada di San Bernadino.

BACA: Unik Bin Ajaib! Miley Cyrus Dakwa Pernah Dikejar UFO, Bertentang Mata Dengan Makhluk Asing

Dakwa Cyrus, dia bukanlah satu-satunya individu yang melihat kejadian tersebut namun ada pemandu lain yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk melihat UFO.

Sebenarnya, bukan hanya Cyrus. Sebelum ini pun ada beberapa artis terkenal yang yakin akan kewujudan alien di muka bumi.

Berikut kami senaraikan pandangan selebriti lain mengenai kewujudan UFO dan alien:

Kesha



Penyanyi Kesha mengaku pernah melihat kelibat UFO ketika berada di gurun pasir. Pengalaman itu mencetuskan inspirasi untuk menamakan albumnya Rainbow yang bertemakan angkasa lepas.

Demi Lovato



"Saya tahu mereka wujud. Betapa egonya kita, sebagai manusia yang yakin bahawa hanya kita makhluk di alam semesta ini," katanya.

Nick Jonas



Nick mengaku pernah melihat tiga UFO.

"Ketika berusia 14 tahun, saya sedang bermain bola keranjang di belakang rumah dengan kawan-kawan. Ketika melihat langit ada tiga imej berbentuk cawan.

"Jadi saya percaya alien itu ada," katanya dalam wawancara bersama Seth Meyers.

Helle Berry



Halle percaya alien wujud dan yakin manusia akan bertemu makhluk lain di bumi.

"Saya tidak percaya kalau kita satu-satunya makhluk yang wujud. Mungkin lagi 20 ahun kita akan bertemu kehidupan berbentuk lain," katanya.

Dwayne Johnson



The Rock yakin alien itu wujud.

"Saya percaya bahawa kita bukanlah satu-satunya makhluk yang ada," ujarnya.

Keanu Reeves


Pernah melakonkan watak sebagai alien dalam The Day The Earth Stood Still dan percaya bukan hanya manusia hidup di dunia ini.

"Kemungkinan alien itu ada. Alam semesta ini sangat besar," katanya.

Alicia Keys



Menerusi temubual bersama media antarabangsa sebelum ini, Alicia yakin alien itu ada. Tidak hanya itu, penyanyi ini percaya sudah ada alien turun ke bumi.

Tom Cruise



"Ada jutaan bintang dan kita satu-satunya makhluk yang hidup? Tidak, ada banyak yang lain di luar sana yang kita tak tahu," katanya.