,
Hiburan

Bukan Mudah Bercakap Hal Ehwal Agama Pada Akhir Zaman - PU Amin Dapat Tauliah Berceramah Selama 3 Tahun

Amri Hassan
05/10/2020
13:51 MYT
Pendakwah bebas PU Amin meluahkan rasa syukur diberikan pentauliahan untuk mengajar dan berceramah di sekitar Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran selama tempoh tiga tahun hingga 2023.
Kongsi PU Amin menerusi Instagramnya, dia memperoleh pentauliahan itu dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.
"Alhamdulillah. Nak dapat ni kena temuduga dan tapisan yang sangat hebat.
"Bukan mudah untuk bercakap hal ehwal agama pada akhir zaman ini.
" Proses dapat tauliah juga sangat ketat. Maka bila dah diberi kepercayaan oleh pihak berkuasa, perlu kita gunakan dengan sebaiknya," tulisnya.
PU Amin turut berharap ilmu yang bakal disampaikan boleh menjadi pedoman dan diamalkan.
"Moga apa yang kita sampaikan mengikut kehendak Allah dan Rasulnya.Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan kerja dakwah di dunia ini," tambahnya.
Menerusi surat yang dilampirkan bersama entri terbabit, PU Amin diingatkan agar tidak mengajar atau menyebarkan apa-apa ajaran bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Malah, PU Amin dilarang menyentuh perkara berhubung dengan kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja sebagai ketua agama Islam sesebuah negeri.
Selain itu, PU Amin tidak boleh menyentuh hal-hal peribadi mana-mana individu, tidak menghina pihak berkuasa agama dan mematuhi segala peraturan yang dikenakan.
Sebelum ini pada November 2019, PU Amin diberi pentauliahan untuk mengajar agama di Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Ihsan, Ada Pengisian Rohani Ustaz Somad Batubara

gempak
06/07/2024
12:30 MYT
Bersempena sambutan Maal Hijrah 1446H esok (7 Julai), sebuah acara perhimpunan istimewa dipanggil Malam Ehsan Untuk Insan dianjurkan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam.
Hiburan

JAIS Arah Tangguh Ceramah Ustaz Don

gempak
25/06/2024
21:40 MYT
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk mengajar atau memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.
Hiburan

JAIS Tangguhkan Semua Ceramah & Kuliah Ustaz Don?

gempak
24/06/2024
00:55 MYT
Nama Ustaz Don sekali lagi mendapat perhatian apabila tular surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di media sosial yang menyatakan penangguhan terhadap ceramah pendakwah popular itu.
Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
26/05/2024
03:45 MYT
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Hiburan

“Kalau Tiada Perkara Baik Nak Buat, Pergi Dengar Ceramah Ustazah Ke Apa…” - Fathia Latiff

gempak
16/05/2024
23:55 MYT
Gara-gara berang setiap hantarannya dikritik warganet, pelakon Fathia Latiff tampil memuat naik video respon di Instagram Story.