Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bukan Nak Hancurkan Rumah Tangga Orang, Boyfriend Saya Lagi Hot Kot,” - Fathia Latiff

Mya Amri
11/01/2024 04:55 MYT
Pelakon, Fathia Latiff mendedahkan dirinya kini mempunyai teman lelaki.

Memanaskan lagi keadaan, Fathia berkata teman lelakinya lebih kacak berbanding suami kepada aktres Zahira MacWilson iaitu Aiman Hakim Ridza.

“Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang, tapi boyfriend saya lagi hot kot daripada suami dia. Jadi buat apa saya nak rampas atau apa,” ujarnya.

Fathia berkata demikian dalam sesi siaran langsung di media sosial pada Rabu.

BERITA TRENDING: Dikatakan Wajah Macam Bibik, Netizen Back Up Zahirah - “Pregnant Pun Cantik Patutlah Ada Mak Lampir Insecure”

Dalam pada itu, Fathia juga menyatakan dia tidak kisah mengenai kecaman yang diberikan kepada dirinya dan masih tetap berpegang teguh dengan pendapatnya terhadap Zahirah.

“Saya tak kisah pun apa korang cakap, sebab korang yang bawah tapak kaki saya. Sebab itu saya tak terkesan langsung.

“Tapi korang lagi buat saya famous, saya tak kisah orang benci saya sebab saya tak boleh kawal keadaan itu. Saya tetap dengan pendapat saya.

“Yang korang nak back up sangat tu kenapa, dia ada bagi korang duit ke,” katanya.

Terdahulu nama Fathia hangat diperkatakan netizen selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?

Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.

BERITA TRENDING: Berkelakuan Aneh, Netizen Dakwa Fathia Latiff Dalam Fasa ‘Tak Sihat’? - “Dia Tengah Manic La”

Disebabkan itu, netizen mendakwa Fathia mengalami masalah mental dan memerlukan pertolongan.

BERITA TRENDING: "I Tak Mental, Kalau Tak I Dah Kat Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff

Untuk rekod, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.

BERITA TRENDING:
"I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff


#Kontroversi #Aiman Hakim Ridza #Fathia Latiff #Zahirah Macwilson #Boyfriend
;