Pelakon, Fathia Latiff yang terdahulu pernah menjalin cinta bersama Aiman Hakim terima kecaman daripada netizen setelah menyindir wajah isteri bekas kekasihnya itu (Zahirah McWillson) seperti bibik.

Menerusi video live yang di muat naik oleh seorang pengguna di Tiktok tersebut, memaparkan Fathia yang sedang membaca komen daripada seorang individu yang mengatakan Zahirah mempunyai kecantikan semula jadi sebagai wanita.
@roses_officials Omg #fyp #trending #foryou ♬ my girl korean drama OST - rose♡
Lantaran itu, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff membalas komen tersebut dengan sindiran yang mengejutkan.

“Dia (Zahirah McWilson) nampak macam seorang bibik di mata saya.

“Saya lebih cantik daripada dia,” katanya.

Tidak terhenti disitu, Fathia turut mendakwa Zahirah pernah membuat rawatan bibir di Australia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan Fathia tersebut yang terlihat seperti masih belum move on daripada kekasih lama nya.

Antara komen yang diterima:

“Fathia tak move on.

“Dia memang tak boleh move on lagi ke? Kesian tengok dia.

“The definition of "tak boleh move on",” tulis beberapa pengguna TikTok di video tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini, menerusi artikel yang pernah dilaporkan Gempak, Fathia pernah mengakui bahawa dia mengambil masa 5 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun, Fathia dikatakan sudah akur dengan ketentuan ilahi.


Berita Trending: "Cukup-Cukuplah Kontroversi!" - Sophia Albarakbah Buka Buku Baharu 2024, Fokus Filem Jiwa 8 Belas


Untuk info, Fathia dan Aiman sebelum ini pernah menjalin cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015.

Manakala Aiman Hakim kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan Zahirah McWilson pada 2020.