Berita
“Bukan Nak Jadi Ustazah Hati Hitam…”- Nonny Nadirah
Pelakon Nonny Nadirah lebih rela mengakui dirinya sebagai seorang pendosa dan tidak mahu menjadi hipokrit.
Namun, kata Nonny, sebagai umat Islam, dia tidak berputus asa memperbaiki diri dan bertaubat.
“Ya, saya pendosa. Saya lebih rela dikenali sebagai pendosa daripada menjadi penipu dan hipokrit.
“Jangan putus doa. Allah suka akan hamba-Nya yang berbuat dosa tapi dia bertaubat,” katanya.
Nonny berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian terbabit, dia memuat naik fotonya berjubah hitam.
Tambah Nonny lagi, dia bukan hendak menjadi pendakwah tetapi lebih kepada bermuhasabah diri.
“Bukan nak jadi ustazah hati hitam boleh tutup dengan jubah, manusia yang paling jahat pun boleh berubah.
“Ajar diri dengan bermuhasabah, rajinkan lidah dengan mengucap kalimah,” katanya lagi.
Nonny mula berhijrah dan berhijab sejak awal tahun lalu selepas pulang dari mengerjakan umrah.
Pelakon yang berasal dari Sabah itu telah pun bercerai dengan suaminya, Mustain Adnan selepas kurang tempoh setahun perkahwinan.