Laman Utama

Bukan Nak Kurus, Atikah Suhaimie Hanya Jadikan Tips Menu Sihat Sebagai ‘Content’ TikTok - “Saya Pun Tak La Pandai Menari, Jadi…”

gempak
Asyikin Mayudin
26/11/2022
07:55 MYT
Sponsor Banner
Bukan Nak Kurus, Atikah Suhaimie Hanya Jadikan Tips Menu Sihat Sebagai ‘Content’ TikTok - “Saya Pun Tak La Pandai Menari, Jadi…”
Pelakon Atikah Suhaimie memberitahu dia mahu berkongsi tips menu sihat atau diet yang diajar oleh personal trainer di TikTok untuk dijadikan manfaat kepada orang lain.
Menurut Atikah, perkongsian itu juga sekadar ‘content’ TikTok memandangkan dia tidak mempunyai bakat menari seperti orang lain di platform tersebut.
"Sebenarnya saya hanya nak kongsi dengan semua orang. Untuk saya sendiri, ada ambil personal trainer untuk tahu apa makanan yang saya boleh makan untuk diet.
“Bagi saya, ia hanya content di TikTok saja sebab saya pun tak la pandai menari atau sebagainya. Jadi, apa yang personal trainer saya beritahu, saya akan kongsikan dengan semua orang.
“Supaya semua orang dapat manfaat juga daripada ilmu yang saya ada untuk proses diet. Sebab orang selalu cakap diet ini mahal tapi sebenarnya tidak,” katanya kepada Gempak.
Atikah berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada Rabu.
Biarpun sudah bentuk badannya sudah dianggap kurus namun pelakon kelahiran Singapura ini menegaskan dia mengamalkan makanan diet kerana ingin menjalani kehidupan lebih sihat.
“Kenapa saya diet walaupun dah kurus? Sebab sebenarnya saya mahu jalani kehidupan yang lebih sihat… jadi, saya diet untuk kesihatan bukannya kurus.
“Lagipun saya tengok, orang zaman sekarang yang muda-muda pun dah sakit. Jadi, kita kena berhati-hati,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live