“Bukan Niat Nak Menyinggung Perasaan Orang” – Sedih Bila Niat Baik Sharifah Sakinah Bawa Pelajar Tahfiz Tonton Wayang Disalah Erti

Mya Amri
November 12, 2019 15:16 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah akui tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dengan membawa pelajar Tahfiz menonton wayang baru-baru ini.
Malah niat baik Sakinah itu juga telah disalah erti oleh netizen sehingga ada yang memberikan komen-komen negatif.
Menerusi kenyataan diakaun Instagramnya, Sakinah juga memohon maaf sekiranya niat baiknya itu telah bertukar menjadi kontroversi dikalangan netizen.
“Pertama sekali, bukan niat saya sama sekali untuk menyinggung perasaan orang dengan membawa pelajar Tahfiz menonton wayang.
“Jika anda bertanya mengenai apa yang saya fikirkan, sudah pasti saya mahu memberikan sokongan kepada industri filem negara namun dengan hanya membeli satu atau dua tiket sahaja tidak mencukupi.
“Jadi saya mempertimbangkan untuk membeli tiket dengan jumlah yang banyak. Dapatkan lebih ramai orang, mungkin anak-anak yatim atau pun pelajar Tahfiz. Mungkin dengan cara itu secara tidak langsung boleh membuatkan mereka lebih berasa gembira pada hujung minggu.
“Saya mendapat lampu hijau daripada sekolah Tahfiz. Perancangannya adalah saya mahukan mereka menikmati waktu petang, menonton filem, makan di luar dan pada masa yang sama saya juga dapat membeli banyak tiket sebagai tanda sokongan kepada industri perfileman negara.
“Mereka juga sukakan filem dan merasakan perkara itu relevan. Pusaka adalah sebuah filem seram yang berkaitan dengan agama dan jin, ada mesejnya di situ.
“Saya rasa seperti tidak percaya perkara ini telah mendapat banyak reaksi sebaliknya. Saya mohon maaf sekiranya saya ada menyinggung sesiapa.
“Perkara ini pada mulanya hanyalah niat baik yang telah bertukar menjadi kontroversi. Maafkan saya. Tapi apa-apa pun cerita Pusaka best! Pergi tengok!” tulisnya.
Terdahulu, Sakinah telah mendapat kecaman netizen kerana membawa pelajar Tahfiz menonton wayang dan melabelkan tindakan pelakon itu tidak bersesuaian.
#pelakon #Sharifah Sakinah #Pelakon