Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bukan Orang Senang, Tujuh Tahun Tak Balik… Menitik Air Mata “- Hafiz Mahamad Kongsi Rezeki RM60,000 Sponsor 100 Orang Balik Semenanjung

Mya Amri
08/12/2021 08:30 MYT
Tidak lokek berkongsi rezeki, pempengaruh dan pengasas produk popular, Hafiz Mahamad tergerak hati untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk pulang ke kampung halaman.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Hafiz melahirkan rasa syukur dapat melihat wajah-wajah gembira pulang bertemu insan tersayang selepas beberapa tahun.

“Akhirnya, selepas beberapa tahun. Mereka dapat balik ke Sabah Sarawak. Bagi kita, ‘balik kampung’ tu benda biasa tapi macam mana situasi mereka yang memang tak ada duit langsung? Di buang kerja?

“Ada sebab bertahun tak dapat tengok mak ayah. Sebab apa? ‘Kemampuan’. Mereka bukan orang yang senang-senang, tiket untuk ke Sabah Sarawak mahal. Ada yang cakap tujuh tahun tak balik sambil menitik air mata,” tulisnya.

Maklum Hafiz lagi, hasil sumbangan yang diberikan orang ramai menerusi Pertubuhan Sahabat Ainaa, digunakan untuk membantu golongan memerlukan.

“Gembira saya lihat mereka tadi. Saya gunakan ini semua RM60K dari hasil perniagaan dan RM10K dari sumbangan awak ke dalam Pertubuhan Sahabat Ainaa, saya niatkan juga untuk awak semua.

“Saya beritahu ini sebab saya nak awak tahu, hasil sokongan awak. Saya cuba gunakan untuk ‘beri balik’ pada masyarakat dan saya bawa sekali sumbangan sahabat untuk mereka.

“Sumbangan sahabat, saya tak pernah guna untuk kos lain lain. Semuanya 100% saya akan sumbangkan pada mereka yang memerlukan disekalikan dengan rezeki @ainaabeautyofficial dan duit sendiri.

“Niat saya, mereka dalam perniagaan, sahabat semua dapat pahala. InsyaAllah. Saya di Sabah ada kerja di sini jumpa pelanggan dan team, tapi kalau ada ternampak mereka yang memerlukan. InsyaAllah saya turun cuba bantu tau.

“Terima Kasih team semua yang bekerja keras untuk bantu mereka semua. Saya hargai sangat sangat dan kita teruskan perjuangan ini,” coretnya.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina cukup terkenal dengan sifat pemurah. Pasangan tersebut pernah beberapa kami memberi sedekah kepada yang memerlukan, baik sebelum mahupun selepas negara dilanda COVID-19.

BACA: Murahnya Hati...Hafiz Mahamad Niat Nak Derma 1,000 Kit Ujian Pantas COVID-19 Kepada Mereka Yang Memerlukan

#Hafiz Mahamad #Sumbangan #Pertubuhan Sahabat Ainaa #Sponsor Balik Kampung
;