,
Laman Utama

Murahnya Hati… Hafiz Mahamad Niat Nak Derma 1,000 Kit Ujian Pantas COVID-19 Kepada Mereka Yang Memerlukan

Izwan Isa
23/09/2021
08:55 MYT
Sejak dunia dilanda pandemik, banyak individu yang terkesan. Ramai antara kita dibuang kerja dan ada juga yang mengalami penyusutan pendapatan bulanan selepas banyak sektor ekonomi negara ditutup.
Akibatnya, ada segelintir yang tidak mampu untuk membeli keperluan asas, termasuk kit ujian pantas COVID-19 yang sangat penting buat masa sekarang.
Justeru, pengasas kosmetik dan selebriti media sosial popular, Hafiz Mahamad mengambil inisiatif membeli 1,000 unit kit ujian pantas COVID-19 untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
BACA: Iring Jenazah Kawan Baik Sampai Ke Liang Lahad, Hafiz Mahamad Bikin Ramai Sebak - “Saya Nak Rasa Tubuhnya Hingga Ke Penamat”
“Saya dah pesan 1,000 unit kit ujian COVID-19. Tempoh hari, saya ada beritahu yang saya ingin dermakan kit ini kepada sahabat yang memerlukan.
“Ketika musim COVID-19, benda ini sangat penting. Walaupun harga RM19 bagi kita murah, tetapi tidak untuk segelintir sahabat. Selain kit ini, mereka juga perlu membeli keperluan lain seperti susu dan pampers anak.
“Jadi, saya cadang untuk berikan (kit ujian pantas COVID-19) secara percuma. Insya-Allah, saya akan cari satu masa nak beri bantuan makanan dan kit ini sekali. Harapnya mereka gembira,” ujar Hafiz menerusi hantaran di Instagram Story.
Dalam pada itu, Hafiz turut memberitahu yang niatnya hanya satu iaitu untuk berkongsi pahala bersama.
“Daripada awal pandemik COVID-19, saya cuba gunakan sebahagian hasil perniagaan ini untuk bantu sahabat. Tidak banyak, tetapi sikit pun syukur sangat.
“Kita pernah kongsi hand sanitizer, Ainaa Care, bantuan makanan dan saya tak ingat dah apa lagi. Kali ini, insya-Allah dengan kit ujian pantas COVID-19.
“Saya niatkan untuk kita semua, doakan dan sokong rezeki kami selalu tau,” tulis Hafiz lagi.
Bukan satu hal luar biasa bagi Hafiz dan isterinya, Syafiqah Aina dalam memberikan bantuan.
Sebelum ini, Hafiz pernah membantu arwah rakan baiknya, Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor yang sedang terlantar sakit sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Unitar