Setiap isi rumah biasanya akan membeli barangan dapur seminggu sekali atau ada juga DUA minggu sekali sebagai penjimatan masa dan tenaga.

Barang masakan yang biasanya ibu-ibu akan gunanya hanya sedikit sahaja setiap kali memasak adalah seperti serai, halia, kunyit dan sebagainya.

Namun tak semua bahan masakan itu boleh tahan lama atau berada dalam keadaan yang segar seperti baru dibeli dan akhirnya selepas seminggu atau dua minggu tidak digunakan akhirnya ke tong sampah jua.

Justeru seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Awang Dapur berkongsi tips bagaimana mahu menyimpan tiga bahan iaitu serai, halia dan kunyit untuk tahan berminggu malah berbulan supaya berada dalam keadaan baik dan segar.

Serai

#1 Bersihkan dan buangkan dahulu bahagiaan yang buruk dan tidak boleh dipakai

#2 Masukkan serai ke dalam botol yang tinggi dan tertutup

#3 Masukkan air penuh ke dalam botol yang diisi serai itu

#4 Simpan ke dalam peti ais dan hanya ambil sebanyak mana yang perlu untuk memasak sahaja

Halia & Kunyit

#1 Bersihkan dan buangkan dahulu bahagian yang buruk atau hitam dan lembik

#2 Ambil bekas untuk diisi halia dan kunyit dalam tempat berasingan

#3 Isikan air penuh dalam bekas halia dan kunyit tadi.

#4 Simpan ke dalam peti ais dan hanya ambil sebanyak mana yang perlu untuk memasak sahaja