Berita
"Bukan 'Psiko' Atau 'Sakit Jiwa', Saya Buat Begitu Kerana ...." - Arja Lee Perjelas Muat Naik Gambar Putih Di Instagram
Pelakon dan penyanyi Arja Lee mengakui mempunyai alasan tersendiri apabila memuat naik lebih daripada 300 gambar putih di Instagram miliknya sejak minggu lalu.
Menurut Arja, tindakan dia melakukan perkara itu adalah sebagai sembolik untuk dirinya memulakan kehidupan baharu selepas ini.
"Ramai orang tertanya-tanya kenapa saya memuat naik gambar putih di Instagram dan mereka menyangka bahawa akaun saya telah digodam.
"Sebenarnya saya sendiri yang memuat naik gambar putih itu kerana ia merupakan simbolik untuk saya memulakan kehidupan baru selepas ini.
"Saya bukan 'psiko atau 'sakit jiwa', namun saya lakukan itu adalah kerana ingin melupakan perkara lalu dan mulakan memori baru sebagai diri saya Azharudin Ramli dan bukannya Arja Lee.
"Saya masih aktif di InstaStory untuk berkongsi aktiviti harian tetapi saya masih belum mengetahui lagi bila yang saya akan muat naik gambar seperti biasa di Instagram," katanya kepada Gempak.
Arja berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dokumentari Hidangan Laluan Sutera yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) The Gardens, pada Selasa.
Dokumentari Hidangan Laluan Sutera terbitan Metrowealth dan Shen Lan Time International Film yang berpangkalan di China itu akan bersiaran pada pukul 11 malam di saluran Astro Naura (125).
Hidangan Laluan Sutera akan disiarkan sebanyak lima episod dan akan memaparkan pelbagai makanan halal enak serta lokasi menarik untuk dikunjungi terutamanya pelancong beragama Islam.