Pelakon dan penyanyi cilik, Wafiy bersyukur kerana bakat seninya semakin dikenali ramai.

"Sebelum ini, orang mengenali saya sebagai Daniel kerana itu merupakan karakter saya dalam drama bersiri Super Game Boy.

"Semenjak terlibat dengan Club Mickey Mouse, ramai yang mula memanggil saya sebagai Wafiy dan saya mula mengumpul lebih banyak peminat cilik yang menyaksikan program tersebut," katanya.

bukan selasa,bukan rabu,tapi jumaat nie..guysss?

A post shared by W4F1Y_44N (@wafiy_aan) on



Bukan sahaja mengumpul peminat di Malaysia, Wafiy juga turut mempunyai peminat tersendiri di Filipina dan Indonesia.




"Club Mickey Mouse turut bersiaran di luar Malaysia dan impaknya begitu besar buat saya.

"Saya tak sangka ada peminat dari Filipina dan Indonesia menghubungi saya menerusi Direct Message (DM) di laman Instagram.

"Saya sangat gembira dengan perkembangan ini dan itu menjadi suntikan semangat untuk saya berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang," katanya lagi.

Aksi tarian dan nyanyian Wafiy kini menghiasi rancangan Club Mickey Mouse musim kedua yang telah mula bersiaran pada 6 Julai lalu.

Siri yang mengandungi 13 episod ini akan menyajikan kandungan dalam gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse musim kedua ditayangkan setiap Jumaat, 2.30 petang bermula 6 Julai 2018 di Disney (saluran 615). Ia juga dapat dinikmati menerusi On Demand.

Peminat juga boleh menikmati lagu hebat ini di laman Disney Channel Asia YouTube, www.youtube.com/DisneyChannelAsia

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Wafiy