"Bukan Saya Main Suka-Suka Naik Kapal Terbang..." - Almy Nadia

Zulaikha Yusof
November 12, 2018 07:29 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia menerangkan situasi sebenar bagaimana dia boleh menaiki kapal terbang ke Jerman walaupun sedang sarat mengandung.
Baru-baru ini, Almy menemani suaminya, Datuk Fizz Fairuz untuk menjalani penggambaran selama sembilan hari di sana.
Dalam kapsyen terbabit, Almy mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengambil berat mengenai kandungannya.
Almy menjelaskan sebelum membuat keputusan untuk pergi ke luar negara, dia telah mendapat nasihat dan pendapat daripada doktor.
Doktor telah mengeluarkan surat memberi kebenaran untuk Almy mengikuti suaminya.
Almy menegaskan kepada netizen supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum menaiki kapal terbang untuk mengelakkan sebarang risiko.
Almy juga mengingatkan kepada netizen supaya tidak sesuka hati menaiki kapal terbang tanpa surat doktor dengan kandungan yang sarat.
Menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut berkongsi pengalaman mereka menaik kapal terbang ketika mengandung.
Almy dan Fizz bernikah pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Arianna, 3 dan Aurora, 1.
#pelakon #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia