Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Bukan Sejenis Hadir Majlis Tanpa Diundang" - Throwback Kenangan Naik Stage AJL32, Iqram Dinzly Layangkan Ucapan Buat Juara Tahun Ini

Amri Hassan
05/02/2019 09:49 MYT
Jika tahun lepas, kemunculan pelakon Iqram Dinzly di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 mencuri perhatian ramai, tahun ini tiada langsung kelibatnya di acara hiburan itu.

Selepas pelbagai persepsi timbul, jelas Iqram, dia bukan seorang artis yang hadir ke majlis tanpa jemputan.

"Dan cukuplah terang lagi bersuluh Iqram Dinzly bukan sejenis hadir majlis tanpa diundang!

"Tahun lepas atas tiket @tontonmy dijemput bagi wakil pergi iaitu @prinxchiqydinzly datang.

"Pelbagai persepsi terundang. Namun sejarah tidak mungkin berulang! #fullstop," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Tahun lalu, Iqram yang berjaket kuning dan berserban hitam bertindak spontan naik ke pentas AJL selepas lagu Jampi (Hael Husaini) diumumkan sebagai juara.

Pada mulanya, pelakon itu hampir naik ke pentas ketika Altimet menyanyikan lagu Amboi Amboi Amboi namun dihalang oleh kru bertugas.

Iqram bagaimanapun telah membuat permohonan maaf berhubung perkara terbabit.

Dalam pada itu, Iqram turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat pemenang AJL tahun ini iaitu Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Misha Omar dan Sufian Suhaimi.

Tak kesahlah apa apa pun , sekiranya jiwa tak kental , jangan main #jampi kelak makan diri , #haram dalam #Islam sebagai #AgamaRasmi negara ini kerna boleh mengundang syirik diri ! • • • Apa apa pun tahniah buat #anakmuda berbakat luar biasa @haelhusaini berkolaborasi dengan seniwati yang senantiasa ikut resam padi @dayangsayangkamu , persembahan yang terlebih seni dan padu jitu . ? Dua #bunga yang power iaitu @arajohari & @mishaomar ternyata terserlah kebunga bungaanya di atas pentas #Ajl33 . Baru dan lama bila #bersatupadujitu ... bukannya rasa dah lama kemudian acah acah lagenda Malaya . Persetankan ego tepu , kembali berpadu jitu demi yang Satu , #BarisanMalaysia . Yang penting semua happy dalam berganding , perform all out dan kalah menang adat bertanding . • • • Dan cukoplah terang lagi bersuluh #iqramdinzly bukan sejenis hadir majlis tanpa diundang ! Tahun lepas atas tiket @tontonmy dijemput bagi wakil pergi iaitu @prinxchiqydinzly datang . Pelbagai persepsi terundang . Namun sejarah tidak mungkin berulang ! #fullstop . Terima kasih diucapkan buat @shuk_hotfm yang menyuruh berkali kali Prinxchiqy naik pentas utk support semasa persembahan Amboi Amboi Amboi namun Allah kata jangan . Tak naik pun ?! Namun Allah izinkan melalui perantaraanya @ifa_raziah , maka tercetuslah lagak aksi tari sebagai jampi mantera sejarah tercipta dan disambut baik dengan jiwa anak muda yang terbuka dan halus seninya . Aku doakan kau berjaya ke peringkat dunia bro ! Terima kasih juga buat wakil @tv3malaysia yang mengatakan datang tanpa diundang ! Bagaimana pula dengan kes @meloditv3 dipaksa datang walaupun keadaan trauma tayar pecah melayang ? Di Mata Mu ? @sufiansuhaimi_ Hmmm ... Salam Terakhir Dunia Celebrity ! #TransformasiQDINZLy Apa apa pun 2 perkara aku nak minta korang yang suka #viral ... Viral kan ! 1. Maseh ingatkah @prinxchiqydinzly ? Jaket Kuning tu aku maseh mencari sebab last sekali dia ni curi pakai masa #ajl32 . Siapa siapa yg terambik untok tolong simpan boleh #dmtepi . 2. #JaringIkanBerkunci pun mungkin tercicir tapi di kawasan Palm Spring @ Damansara sebab masa tu aku baru balik dihantar oleh member aku. Itu sangat perlu ! #Kuncikusejarahku ?

A post shared by GRO4ALL (@muhammadiqramdinzly) on


AJL33 menyaksikan lagu Haram milik Hael dan Dayang dijulang sebagai juara disusuli Bunga (Ara Johari) di tempat kedua dan Sampai Bila (Misha Omar) kedudukan ketiga.

Lagu Di Matamu (Sufian Suhaimi) pula dinobatkan sebagai persembahan terbaik AJL33.
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Iqram Dinzly #AJL32
;