Selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian akhirnya tampil membuka mulut tentang kejadian ngeri dirompak pada Oktober tahun lalu.

Menerusi laporan Daily Mail, Kim berkongsi kisah tersebut dalam episod terbaharu program Keeping Up With The Kardashian.

Kim menerusi sebuah wawancara memberitahu, dia bimbang akan mati selepas kumpulan perompak tersebut mengugut untuk menembaknya.

"Mereka (perompak) mengugut untuk menembak saya dari arah belakang dan ketika itu saya tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Saya cuma memikirkan bahawa ketika itu akan mati ditembak kerana memang tiada jalan keluar untuk saya melarikan diri.

"Pengalaman ngeri itu telah membuatkan saya takut dan trauma," katanya.

Terdahulu, Kim melalui detik cemas apabila dirompak oleh sekumpulan lelaki di Paris bersenjatakan pistol.

Dia juga telah kehilangan barangan kemas bernilai jutaan ringgit.


Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi