Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan. Namun dengan pengetahuan dan kajian yang dijalankan, ‘suasana’ tersebut dapat dikembalikan meski ia dihasilkan dalam bentuk fiksyen.
Itulah yang bakal disaksikan oleh penonton apabila sebuah filem berjudul Headhunter edaran MyContent Distribution yang bakal menemui para penonton menerusi platform Prime Video.
BACA: "Kesian Ibu Tinggal Seorang" - Demi Jaga Ibu, Anding Sanggup Ulang-Alik Sarawak Ke KL
Headhunter dalam bahasa Melayu bermaksud pemburu kepala. Ia bukan sebuah keganasan semata-mata namun adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya.
Ia juga merupakan lambang kepahlawanan apabila Headhunters membawa pulang kepala selepas misi serangan yang dikenali sebagai Ngayau.
Mengambil latar abad ke-18, Headhunter yang ditulis, diarahkan dan diterbitkan sendiri oleh Badd Badrul akan menyaksikan kombinasi di antara fakta tentang adat tradisi dan fiksyen yang dibentuk menjadi hiburan sekaligus pengetahuan baharu buat generasi masa kini.
Badd Badrul juga menyifatkan Headhunter sebagai naskhah bersifat mendidik dan berkongsi ilmu tentang adat, budaya atau tradisi yang cukup kaya di Malaysia amnya dan di Borneo khususnya.
“Pahlawan Iban yang sejati bukan sahaja yang memenggal kepala tetapi yang sanggup kepalanya dipenggal, ini merupakan ‘tagline’ untuk filem ini”, kata Badd Badrul yang menjadi tunggak utama filem Headhunter sebagai Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip.
“Naskhah ini bukan hanya bergantung kepada latar belakang tradisi Headhunter atau pemburu kepala itu semata-mata. Sebaliknya ia dipenuhi dengan pengembaraan, aksi, suspen dan pembalasan yang diselitkan bersama kisah asmara dan setiakawan yang sangat tinggi.
“Saya menghasilkan naskhah ini dalam bentuk fiksyen tetapi apa yang ingin disampaikan di sebalik Headhunter adalah tentang sejarah atau adat tradisi yang telah sebatidalam ‘dunia’ masyarakat Iban.
“Besar harapan saya pengisian di dalam Headhunter dapat ditonton sekaligus dikenali dan difahami oleh generasi masa kini tentang budaya serta adat tradisi kaum terdahulu sebelum kita. Pihak kami juga mendapat kerjasama dari Persatuan Transformasi Dayak (TRADA). Kami berterima kasih kepada Joseph Ninting Janting selaku presiden persatuan, dan jurulatih linguistik mereka iaitu Richard Mathias,” ujar Badd Badrul.
Headhunter yang ditayangkan bermula 29 Jun 2023 di Prime Video ini mengangkat kisah empat sahabat baik yang membesar bersama sejak kecil. Mereka adalah Anang, Lebor, Untai dan Siah yang melalui pahit manis kehidupan seharian bersama-sama.
Anang bagaimanapun melalui jalan hidup yang kurang menyenangkan. Tragedi menyayat hati terjadi apabila bapa Anang mati dibunuh dengan kepalanya dipancung oleh musuh bernama Sapik. Sejak itu Anang berikrar untuk membalas dendam ataskematian bapanya.
Masa berlalu, mereka beranjak dewasa. Anang dan Lebor telah dipanggil oleh Tuai rumah iaitu ketua rumah panjang bersama remaja-remaja yang lain untuk melakukan ekspedisi Ngayau sebagai salah satu syarat menjadi pahlawan Iban.
Mereka akan bergelar pahlawan Iban selepas mendapatkan kepala lalu diberi gelaran Bujang Berani.
Sapik sebaliknya masih dengan sikap jahat dan telah mengupah lanun untuk menyerang kaum Iban sehingga ramai terkorban.
Sapik juga sempat mengugut untuk membunuh Untai dan pada suatu hari,i Anang telah menemui bungkusan yang rupanya diisi dengan kepala Untai.
Persoalannya, siapa yang membunuh Untai?
BACA: Jari Kiri Hampir Putus, Anding Tak Serik Nak Berlakon - "Semuanya Berbaloi Dengan Pengiktirafan Ini"
Saksikan Headhunter yang mengetengahkan lakonan Anding Indrawani sebagai watak utama, Cha Cha Maembong sebagai heroin manakala Ebi Kornelis sebagai watak antagonis atau musuh utama hero. Ia juga menampilkan lakonan sulung Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.
Untuk rekod, Headhunter menerima Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia yang ke-31. Manakala Anding Indrawani pula telah memenangi Anugerah Pelakon Harapan FFM-31 melalui filem yang sama.
Izwan Isa
Tue Jul 04 2023
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.