"Bukan Senang Jadi Pelakon" - Riz Amin Cedera Di Set Polis Evo 2

Amri Hassan
Disember 6, 2017 07:00 MYT
Pelakon Riz Amin mengalami kecederaan pada bahagian lutut ketika melakukan babak aksi untuk filem Polis Evo 2 malam tadi.
Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sambil ditemani teraju utama filem itu, Zizan Razak.
"Bukan senang jadi pelakon, risiko tinggi kadang-kadang.
"Ini merupakan satu proses pembelajaran apabila saya tiba-tiba jatuh tersungkur ketika sedang melakukan penggambaran Polis Evo 2.
"Benda nak jadi, tetapi Alhamdulillah semuanya ok," tulisnya di kapsyen entri terbaharu Instagram awal pagi tadi.
Baca: Cedera Ketika Jayakan Babak Aksi Polis Evo 2, Zizan Razak Mohon Doa Peminat
Riz juga menyatakan penghargaan terima kasihnya kepada Zizan dan beberapa orang kru penggambaran Polis Evo 2 yang menemaninya ke hospital hingga menghantarnya pulang ke rumah.
"Saya berterima kasih kepada rakan baik saya Zizan Razak, Nuar dan Nano yang menghantar saya ke hospital, tolak kerusi roda ke X-ray, tunggu sampai siap dan hantar ke rumah pula. Memang sempoi," tambah Riz.
Terdahulu, pelakon utama Polis EVo 2, Zizan Razak cedera ketika sedang menjayakan sebuah babak aksi sekitar 20 November lalu.
Filem Polis Evo 2 dibintangi oleh Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hairul Azreen dan ramai lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @rizamin
#pelakon #Pelakon #Polis Evo 2 #Riz Amin