Skip to main content

Berita Tempatan

"Bukan Senang Nak Anak-Anak Ada ‘Islam’ Dalam Jiwa" - Ini Nasihat Abby Abadi

abby_4.jpg
Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila segala proses untuk menghantar anak-anaknya ke asrama dipermudahkan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abby berkongsi pengalamannya menghantar anak ke asrama walaupun dikenakan bayaran yang agak tinggi.

"Daftarkan @marissadaniaaaaa_ & @danish.edry ke As Sofa Ampang. Alhamdullillah, Allah mudahkan segala urusan sebab dah datang dah sekali haritu. 

"Hari ni datang untuk bayar segala yang patut dibayar, termasuk duit buku & duit uniform sekolah.

"Ada yang tanya berapa pendaftaran, berapa bulanan. Besar belanjanya. Demi dapatkan yang terbaik untuk anak-anak. 
 

"Niatkan segala perbelanjaan itu kerana Allah, InshaALLAH segalanya dipermudah. 

"Bukan senang nak anak-anak ada ‘ISLAM’ dalam jiwa mereka. Inilah antara usaha kita . Semoga ALLAH redha," tulisnya.

Rata-rata memuji sikap Abby dalam mendidik anaknya menjadi yang terbaik dalam bidang agama serta mendoakan anak-anaknya dapat belajar dengan baik dan cemerlang dalam pelajaran.

Must-Watch Video

Advertisement