Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Bukan Senang Nak Anak-Anak Ada ‘Islam’ Dalam Jiwa" - Ini Nasihat Abby Abadi

Rozaimi Zubaidi 02/01/2019 | 06:28 MYT
Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila segala proses untuk menghantar anak-anaknya ke asrama dipermudahkan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Abby berkongsi pengalamannya menghantar anak ke asrama walaupun dikenakan bayaran yang agak tinggi.
"Daftarkan @marissadaniaaaaa_ & @danish.edry ke As Sofa Ampang. Alhamdullillah, Allah mudahkan segala urusan sebab dah datang dah sekali haritu.
"Hari ni datang untuk bayar segala yang patut dibayar, termasuk duit buku & duit uniform sekolah.
"Ada yang tanya berapa pendaftaran, berapa bulanan. Besar belanjanya. Demi dapatkan yang terbaik untuk anak-anak.

Cerita siang tadi: ? Daftarkan @marissadaniaaaaa_ & @danish.edry ke As Sofa Ampang. Alhamdullillah, ALLAH mudahkan segala urusan sbb dah dtg dah sekali haritu. Hari ni dtg utk byr segala yg patut dibayar, termasuk duit buku & duit uniform sekolah . Ada yg tanya berapa pendaftaran, berapa bulanan.. Besar belanjanya.. demi dptkan yg terbaik utk anak2. Niatkan segala perbelanjaan itu kerana ALLAH, inshaALLAH segalanya dipermudah. Bukan senang nak ank2 ada ‘ISLAM’ dlm jiwa mereka. Inilah antara usaha kita . Semoga ALLAH redha ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

"Niatkan segala perbelanjaan itu kerana Allah, InshaALLAH segalanya dipermudah.
"Bukan senang nak anak-anak ada ‘ISLAM’ dalam jiwa mereka. Inilah antara usaha kita . Semoga ALLAH redha," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap Abby dalam mendidik anaknya menjadi yang terbaik dalam bidang agama serta mendoakan anak-anaknya dapat belajar dengan baik dan cemerlang dalam pelajaran.
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon
;