Pelakon Azhan Rani berkongsi tentang insiden yang menyebabkan pengacara Gegar Vaganza 9 (GV9) Elly Mazlein atau Kak Lina mengalami kecederaan pada bahagian lututnya.

Azhan berkata, sungguhpun mengalami kecederaan ketika sedang menjalani penggambaran, Kak Lina dilihat tetap bersemangat meneruskan kerjanya tanpa sebarang rungutan.

“Gambar ni sebelum kejadian kaki Kepom (Kak Lina) kesayangan Malaysia ni meletup. Time ni dah lewat malam jugak nak buat scene terakhir. Dia macam biasalah, energy macam kat GV tu macam tu la jugak kat set ni.

“Tengah shoot scene ni masa dia buat step kuda bersorak tu tiba-tiba kaki dia meletup. Terduduk terus. Lepas bagi rehat, team produksi hembus-hembus sikit, bagi dia makan coklat pastu dia sambung lagi scene tu macam takda apa-apa,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.



Azhan menambah, pihak produksi ada memanggil team physiotherapist untuk memantau keadaan lututnya selepas mengalami kecederaan.

“Semalam kat set ni dah terjingkut-jingkut. Produksi siap panggil team physiotherapist datang buat alignment balik kat kaki Kepom. Masa tu dah cakap dah macam mana nanti kat GV. Saja main-main cakap why not nanti pakai je wheelchair kalau susah sangat. Bukan senang nak tengok host live pakai wheelchair kat TV.

“On the way aku balik dari set drama Gila Viral ni dah nampak kat feed dia buat hal atas stage dengan wheelchair dah. Memang la budak ni. Kepom memang fighter. Salut.

“Get well soon Kepom. All the best. Safety first, ingat ni 2022 bukan 2007 lagi,” tutup Azhan.

Terdahulu, ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh memberitahu, pengacara Gegar Vaganza 9 (GV9) Elly Mazlein atau Kak Lina sendiri yang mahu melunaskan tugasnya pada konsert minggu ketujuh biarpun dalam keadaan lutut yang tercedera.

BACA: GV9: “Bukan Gimik” - Kak Lina Tetap Komited Langsaikan Tanggungjawab Sebagai Pengacara Biarpun Lutut Sakit

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!