Hiburan
"Bukan Suka-Suka, Atas Urusan Kerja" - Zahirah Macwilson Jelas Sebab Berpakaian Seksi
"Busana yang saya pakai adalah atas urusan kerja, bukan suka-suka," begitulah jawapan pelakon cantik, Zahirah Macwilson ketika ditanya mengenai pemakaiannya mengikut fesyen gadis Harajuku yang didakwa seksi dan mencolok mata oleh sesetengah netizen.
Menurut Zahirah, dia hanya mengikut cara berpakaian yang menonjolkan ciri-ciri dan keistimewaan negara Jepun.
"Saya ke Tokyo atas urusan kerja dengan AirAsia X menerusi kempen #ThroughTheLense. Saya menggayakan pakaian yang disediakan oleh mereka.
"Fesyen Harajuku memang terkenal di kalangan gadis Jepun. Saya sedar isu pemakaian agak sensitif, terutamanya apabila menggayakan busana yang menampakkan paha, baju tidak berlengan dan agak seksi.
"Tetapi, ingin saya tegaskan, semuanya saya lakukan kerana kerja. Sama seperti berlakon, kadang-kadang saya perlu membawakan watak-watak seperti gadis liar yang suka berparti, gadis seksi ataupun watak-watak jahat," katanya.
Tambah Zahirah, ada juga pihak yang mendakwa dia sedang bercuti di sana dan menggayakan pakaian terbabit untuk tujuan suka-suka.
"Sesetengah blog tak bertanggungjawab mengambil gambar tersebut dan mendakwa saya sedang bercuti di Jepun... Walhal saya ke sana atas tuntutan kerja...
"Ia menimbulkan salah faham dan ada yang mula melemparkan fitnah... Netizen pula menjalankan 'tugas' mereka dengan memberikan komen negatif," kata Zahirah lagi.
Must-Watch Video