Hiburan

Bukan Tak Cakna Fasal 'All Eyes On Rafah', Ini Penjelasan Ning Baizura! - "Ketika Itu Keadaan Kelam-Kabut"

gempak
Amri Hassan
17/05/2024
18:00 MYT
Sponsor Banner
Bukan Tak Cakna Fasal 'All Eyes On Rafah', Ini Penjelasan Ning Baizura! - "Ketika Itu Keadaan Kelam-Kabut"
Penyanyi Ning Baizura tampil menjelaskan dakwaan dirinya tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah seperti potongan video yang tular di media sosial sejak Selasa lalu.
Jelas Ning, pertanyaan 'who's that' itu tidak ditujukan kepada Rafah dan situasi ketika siaran langsung itu berlaku dalam konteks yang disalah tafsir oleh segelintir pihak.

BERITA TRENDING: “Who’s That?” - Ning Baizura Dikecam Gara-Gara Tak Tahu ‘All Eyes On Rafah’

"Sesi live itu adalah Ning Oke Session iaitu sesi karaoke saya bersama peminat. Ia sesi satu malam yang saya dedikasikan untuk menghiburkan dan mendekati peminat-peminat saya.
"Ketika permintaan dibuat, saya membaca komen-komen mereka dan saya bertanyakan kepada mereka kenapa nama mereka susah disebut dan ada tak nama yang senang sikit untuk dipanggil.

"Ketika itulah muncul komen itu (All Eyes on Rafah) dan saya tanya siapa dan ia terkeluar daripada mulut saya secara tiba-tiba kerana pada waktu itu keadaan agak kelam kabut kerana saya kena buat muzik karaoke.

"Saya yang bertindak sendiri sebagai moderator, pasang lampu dan macam-macam lagi," jelasnya dalam video yang dimuatnaik di Instagram pada Jumaat.

Sila tonton balik video live itu!

Ning turut menasihati orang ramai agar tidak semberono menuduhnya mempersendakan situasi yang sedang berlaku dan menonton semula rakaman siaran langsung terbabit.
"Kalau anda semua ada peluang tontonlah video itu, ia masih ada di IG saya. Saya tidak mempersendakan tentang situasi atau tempat.
"Saya tidak tanya apa itu (what’s that), saya kata siapa itu (who’s that) yang merujuk kepada nama-nama orang apabila membuat live," tegasnya.

Tak berniat sakiti hati sesiapa

Melanjutkan bicara, tambah Ning video terbabit tular apabila ada segelintir pihak yang tidak mengetahui konteks dan situasi sebenarnya ketika sesi siaran langsung itu.
"Mudah bagi orang untuk sunting dan potong dan menampakkkan ia jadi seperti apa yang sedang tular sekarang ini.
"Terus-terang, saya tidak berniat menyakiti hati sesiapa. Saya tahu apa yang sedang berlaku di Palestin dan saya juga banyak melakukan sumbangan untuk mereka di sana.
"Tapi, bila kita buat benda-benda amal ini, kita tidak perlulah uar-uarkan sangat perkara inikan. Benda ni datang dalam hati kita,” katanya yang aktif melakukan sumbangan untuk Gaza dna kerap melibatkan diri dalam kerja-kerja amal bersama beberapa pereka fesyen tempatan.

PILIHAN PEMBACA: “Periksa Dulu Fakta Sebelum Menuduh” - Kelab Peminat Tampil Pertahan Ning Baizura

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live