Hiburan
Bukan ‘Workaholic’, Tapi Jadual Kerja Erysha Emyra Dah Padat Hingga 2025 – “Saya Adalah Manusia Yang Tidak Suka…”
Pelakon Erysha Emyra menjadikan kemenangan di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABPBH36) menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular sebagai satu batu loncatan dalam kerjaya seni.
Batu loncatan
Erysha atau nama penuhnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan dan mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk memperbaiki diri.
"Alhamdulillah, saya pun tak sangka dengan rezeki yang dikurniakan. Cuma nak kata tahun ini adalah tahun saya, tidaklah sampai begitu.
"Sudah pasti kemenangan di ABP menjadi satu batu loncatan juga kepada saya. Saya masih baharu dan banyak lagi perlu dipelajari untuk masa akan datang,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Erysha Emyra Anggap Hun Haqeem Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman - “Hubungan Saya & Dia Hanya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan Pernah Terbakar Tiba-Tiba, Erysha Emyra Trauma Nak Drive Kereta?
ARTIKEL BERKAITAN: Video Erysha Emyra Elak Lelaki Pegang Belakang Raih Perhatian - “Bagus Macam Ini, Nak Kena Sentuh Terus Elak”
Erysha berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jadual padat
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, anak kepada aktres Datin Seri Noniswara berkata, jadual kerjayanya sudah padat sehingga tahun 2025.
"Jadual kerja alhamdulillah padat, sekarang sampai tahun hadapan. Saya adalah manusia yang tidak suka terlalu banyak masa lapang.
"Nak kata seorang yang ‘workaholic’ pun tidak juga, saya amat menikmati semua masa yang saya ada,” ujarnya.