Gandingan Siti Nordiana dan Alif Satar sering mendapat perhatian peminat semenjak drama bersiri Dia Semanis Honey menjadi fenomena dua tahun lalu.
Atas keserasian yang tercipta, lakonan Nana dan Alif kembali menghiasi skrin televisyen menerusi drama bersiri Klik! Pengantin Musim Salju.
Namun begitu, Nana dikatakan tidak mahu lagi bergandingan dengan Alif lagi selepas ini.
Bertemu dengan pelantun lagu Hatiku Milikmu ini, Nana mengakui perkara tersebut.
"Dalam masa terdekat, saya akui saya tak mahu berlakon dengan Alif. Selepas ini, kami menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni masing-masing.
"Bukannya saya tak mahu bergandingan dengan Alif lagi, tapi biarlah kami muncul dengan produk sendiri terlebih dahulu. Saya akui ramai yang suka gandingan kami tetapi saya tak mahu penonton bosan.
"Insya-Allah, jika diberikan kesempatan saya akan kembali bergandingan dengan Alif di masa akan datang tetapi bukanlah dalam masa terdekat," kata Nana.
Memegang watak sebagai Kaseh Lateefa dalam drama bersiri Klik! Pengantin Musim Salju, Nana gembira penonton memberikan respon positif terhadap lakonannya.
"Alhamdulillah, biarpun watak Kaseh agak berbeza dengan watak Hani Safira dalam drama bersiri Dia Semanis Honey, penonton memberikan maklum balas yang baik.
"Selepas ini, saya bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Coklat Semanis Honey yang menggandingkan saya dengan Fikry Ibrahim," kata Nana.
Drama Klik! Pengantin Musim Salju mengisahkan tentang Adam Putra yang telah mengajak seorang gadis untuk berkahwin dengannya. Kaseh Lateefa (Kay) adalah seorang gadis brutal yang langsung tiada ciri-ciri feminin. Namun Kay hanya perlu berlakon sebagai isteri Adam.
Tindakan Adam mengajak Kay berlakon berkahwin hanya kerana ingin memastikan kesihatan neneknya tidak terjejas. Tunang Adam yang bernama Karlisha Zandra tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.
Jangan lupa untuk menonton drama Klik! Pengantin Musim Salju disiarkan di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123), Astro Ramadan HD (122), setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 7 malam.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Nana
Kamaruddin Razal
Thu Jun 07 2018


Shooting Dalam Ribut Taufan, Kru Berkampung 3 Bulan Tengah-Tengah Laut! Penerbit Cerita Payahnya Buat Filem Coast Guard
Mencabar betul...
.png?ext=.png)
"Balas Dendam OOTD Ni"- Ramai 'Terpelanting' Gaya Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
.png?ext=.png)
“Saya Nak Mereka Faham…”- Komen Penuh Bahasa Melayu, Maryam Bangga Jadi Juri ATNM2
Maryam Durian Kimchi Bangga Jadi Juri ATNM2

Aksi Crosswalk Meer Nash & Diva AA Di Traffic Light Tular - "Penyanyi Lain Tak Buat, Biar Saya Buat"
Lain macam...

Anzalna 'Me Time' Di Dubai Mall, Suami Pula Takut Isteri Lupa Jalan Balik Bilik - “Dia Punya Risau I Nak Keluar Seorang…”
Bestnya dapat me-time...

Sambut Hari Jadi Ke-23, Ramai Terpesona Tengok Kacaknya Anak Teruna Linda Jasmine, Qalif Khan! - "Cepat Dia Besar, Helok Betul"
Memang helok!
![[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi [VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/whatsapp-image-2023-01-31-at-9-26-13-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi
Sporting Syamsul
![[VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…” [VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/1_18.png?ext=.png)
[VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…”
Tak salah pun kan?
![[VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq [VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/mommy-gambar-(77).png?ext=.png)
[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq
Ramai Terkejut Isteri Raja Afiq Tak Bertudung

“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan