,
Laman Utama

Bukti Masih Popular! Cristiano Ronaldo Catat Rekod Jadi Manusia Pertama Miliki 500 Juta Followers Di Instagram

Mya Amri
23/11/2022
13:30 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo mencatatkan satu lagi rekod apabila menjadi manusia pertama miliki 500 juta bilangan pengikut di media sosial Instagram.
Berita itu juga dimaklumkan menerusi laman Twitter portal sukan popular, ESPN FC pada Isnin.
“Cristiano Ronaldo menjadi orang pertama yang mencapai 500 juta pengikut di Instagram,” maklum kenyataan tersebut.
Selain Instagram, penyerang Manchester United itu juga turut mempunyai lebih 105 juta pengikut di laman Twitter manakala di Facebook pula melebihi 154 juta pengikut.
Selain merupakan salah seorang atlet sukan paling popular di dunia, Cristiano yang dikenali sebagai CR7 ini juga menerima bayaran yang tinggi di platform tersebut.
Figura sukan popular selain Ronaldo yang mempunyai ramai pengikut di Instagram pula adalah Lionel Messi, Virat Kohli, Neymar dan Lebron James.
Terdahulu, Ronaldo dalam satu wawancara baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya merasakan seperti dikhianati oleh United dan memaksanya keluar dari kelab itu.
Ronaldo kembali semula ke Old Trafford pada Ogos 2021 dan menjadi penjaring gol terbanyak United dengan 24 gol pada musim lalu.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Sukan

Ini Sebab Mengapa Ronaldo Enggan Cacah Tatu

gempak
25/08/2024
23:55 MYT
Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.