Viral
Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin
Disebabkan itu, netizen mula mengimbas kembali momen sewaktu buku yang ditulis oleh Fattah ini dilancarkan sekitar tahun 2017.
Di media sosial, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen termasuklah komen-komen berunsurkan kata-kata sinis dan perlian kepada pelakon itu.
Advertisement
Bagaimanpun ada juga segelintir netizen memberikan komen sebaliknya dan menasihatkan agar tidak terlalu seronok memberikan komen-komen negatif terhadap Fattah yang sedang berdepan dengan ujian.
Malah ada juga berpendapat buku tersebut tidak sepatutnya ditularkan kembali sehingga menjadi umpatan netizen.
Terdahulu, Fattah pernah mengundang kontroversi selepas mengeluarkan buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin.
Buku itu menjadi tular dan dikecam kerana kandungannya tetapi tetap menjadi best seller.
Malah buku ini juga berjaya meraih kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura
ARTIKEL BERKAITAN:Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama
ARTIKEL BERKAITAN:Giliran Staf Fazura Pula Bersuara, Mohon ‘Penyondol’ Jangan Putar Belit Cerita - “Video Pengakuan, Gambar Hidden & Segala Aktiviti Tak Bermoral…”
ARTIKEL BERKAITAN:Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”
ARTIKEL BERKAITAN:7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.
Sehinggalah pada pagi Jumaat lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Must-Watch Video