Hiburan
Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Masih Sayangkan Fazura
Memetik laporan Harian Metro, Fattah Amin menyatakan dirinya masih menyayangi Fazura dan mengakui terkejut dengan khabar angin yang menimpa dirinya.
"Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.
"Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.
Advertisement
"Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura)," katanya.
BERITA TRENDING: Giliran Staf Fazura Pula Bersuara, Mohon ‘Penyondol’ Jangan Putar Belit Cerita - “Video Pengakuan, Gambar Hidden & Segala Aktiviti Tak Bermoral…”
BERITA TRENDING: “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular
BERITA TRENDING: Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?
BERITA TRENDING: Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya – “Kuat Dan Tabah...”
Tambah Fattah lagi, dia berharap orang luar dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isu keretakan rumah tangganya dapat diselesaikan secara tenang .
"Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
"Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.
"Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian," katanya.
Sebelum ini timbul spekulasi mendakwa Fattah curang bersama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.
Susulan itu, Instagram milik pelakon lelaki terbabit dibanjiri netizen apabila mereka 'ambil bahagian' sejurus berita perceraian pasangan itu dilaporkan media.
Menguatkan lagi perkara itu, pengawal peribadi aktres itu turut mendedahkan ada 'penyondol' yang menjadi pencetus konflik itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story, individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu berkongsi foto sedang makan bersama Fazura, pengurus Fazura iaitu Iman Tang, pembantu peribadi serta seorang wanita yang wajahnya ditutup menggunakan emoji haiwan.
Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video