Viral

"Bulan Puasa Saya Puasa, Tak Adalah Nak Bergelek!" - Kak KM Enggan Ulas Isu Tarian Seksi Majlis Kahwin Adik

Amri Hassan
18/04/2019
08:45 MYT
Usahawan kosmetik yang juga anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli enggan mengulas lanjut berhubung isu tarian panas ketika majlis persandingan adiknya, Ahya Rosli dua minggu lalu.
Jelas Liana atau lebih popular disapa Kak KM, perkara itu sudah berlalu dan dia melihat ada hikmah di sebaliknya.
"Benda dah lepas kita buka buku baru. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
"Sempena kedatangan bulan Ramadan, saya sendiri akan berpuasa. Kita pun akan sama-sama menunaikan solat Terawih. Jadi tak adalah nak bergelek sakan pula.
"Tapi lepas raya, siap korang!" katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Star Vendor Festival di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beberapa minggu lalu tular rakaman video aksi tarian ghairah dan berpakaian tidak senonoh ketika majlis resepsi pelakon dan model Ahya Rosli.
Susulan kontroversi terbabit, Normah tampil membuat permohonan maaf bagi pihak anak-anaknya dan berjanji kejadian sama tidak akan berulang lagi.
BACA: Undang Penari Seksi: "Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata... Itu Majlis Perkahwinan Saya" - Ahya Rosli
BACA: Netizen Lancar Kempen Boikot Keluarga Normah Damanhuri
BACA: "Lebih Berhati-Hati & Janji Tidak Akan Berulang" - Normah Damanhuri Mohon Maaf Berikutan Kontroversi Penari Seksi
BACA: “Buat Hal Mak Yang Tanggung, Patut Anak Minta Maaf…” – Netizen Kecam Ahya, Persoal Kenapa Ibu Mohon Maaf
Mengulas tindakan sering merakam video dengan aksi mengghairahkan di Instagram, Kak KM akui itu adalah sifat semulajadinya.
"Mengundang ke? Itu bukan permintaan netizen ke? Sebenarnya, saya jadi diri sendiri.
"Memang itu watak dan trademark saya. Kalau tak buat netizen rindu pula.
"Jadi, tak apalah. Kalau viral nanti laku jamu saya," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video