Laman Utama

But Bulu Disamakan Dengan Karpet Nilai 3, Gambar-Gambar Fesyen Ameera Khan Tarik Perhatian Netizen

gempak
Izwan Isa
12/10/2021
00:55 MYT
Sponsor Banner
But Bulu Disamakan Dengan Karpet Nilai 3, Gambar-Gambar Fesyen Ameera Khan Tarik Perhatian Netizen

Adik kepada usahawan Neelofa, Ameera Khan memang cukup dikenali sebagai pempengaruh fesyen yang sering memperagakan pakaian dan aksesori berjenama mewah dari luar negara.

Sebut sahaja jenama mewah yang ada, pasti ada antaranya yang pernah digayakan oleh Ameera. Sungguhpun wanita berusia 21 tahun itu sudah pun mengenakan tudung, namun, gayanya sebagai seorang ‘fesyenista’ tidak pernah kalah di mata peminat.
Terbaharu, Ameera menerusi akaun Instagramnya, @littlemisskhan memuat naik beberapa siri gambar yang menampilkan dirinya melaram beberapa persalinan dan aksesori daripada jenama Miu Miu.
Jika dilihat pada tag nama di setiap gambar, foto-foto yang dimuat baik adalah dengan kerjasama majalah Citta Bella Malaysia.
BACA: Bertudung Tapi Pakai Baju Ketat, Penampilan Ameera Khan Sekali Lagi Dikecam Netizen
Ameera menggayakan topi kait bulu, tas tangan bulu dan beberapa lagi aksesori terbaharu daripada koleksi jenama berkenaan. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sepasang but bulu tebal yang disarungkan pada kakinya.
“Ingatkan karpet Nilai 3,” tulis seorang pengguna Instagram ringkas pada ruangan komen.
Kemudian, ada juga yang menyamakan Ameera dengan puteri negara Mongolia.
“Hanya membuatkan saya terfikirkan puteri dari Mongolia!” tulis seorang lagi pengikutnya.
Sementara itu, menerusi gambar seterusnya, gaya topi yang dipakai oleh Ameera turut menjadi persoalan memandangkan dia kini telah mengenakan hijab.
“Gambar terakhir tu apa benda la yang kau pakai kat kepala tu adik?” tanya seorang netizen.
Bagaimanapun, pertanyaan tersebut dijawab oleh seorang pengguna Instagram. Katanya: “Maknanya, kamu tidak tahu apa-apa mengenai fesyen saya rasa,” tulisnya.
Namun, komen berkenaan dibalas semula oleh netizen yang sama itu tadi. Katanya: “Haha okay, fashion over a proper hijab… oh well,” tulisnya.
Kredit foto: Instagram Ameera Khan
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live