Laman Utama
Bertudung Tapi Pakai Baju Ketat, Penampilan Ameera Khan Sekali Lagi Dikecam Netizen
Personaliti media sosial yang juga adik kepada Noor Neelofa, Ameera Kham menarik perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping foto pakaiannya yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih mesra disapa Little Miss Khan memuat naik foto hasil kolaborasi bersama jenama mewah Fendi untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ameera yang telah berhijab mengenakan gaun santai paras lutut yang digayakan bersama stoking panjang.
Oleh kerana foto tersebut diambil daripada atas, pakaiannya kelihatan agak ketat dan jelas memperlihatkan bentuk tubuh Ameera.
Advertisement
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengkritik penampilan tersebut kerana dianggap tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.
Malah, ada yang menggelarkan baju Ameera itu sebagai sarung nangka kerana terlalu ketat.
Tidak kurang juga ramai yang memberikan pujian kepada Ameera yang selalu tampil cantik apabila mengenakan apa juga pakaian.
“Ada yang tak kena dengan gambar ni. Tapi takpelah, doa saya semoga one day awak akan dapat hidayah Allah betul-betul,” komen seorang wargamaya.
“Kalau iya pun berhijab, elok la sikit. Adui suka buat kontroversi hurm,” tegur seorang wargamaya.
“You’re gorgeous kak Meera, stunning as always,” puji seorang wargamaya.
“Jangan pakai macam ni, public figure kan,” pesan seorang wargamaya.
“Tudia balut nangka,” usik seorang wargamaya.
“Erm macam tak sesuai dan tak sopan dengan LMK,” tulis seorang wargamaya.
“Entahlah ko ni LMK, nak tegur lebih-lebih, aku sendiri pun tak sempurna. Hope one day ko jadi macam Neelofa,” luah seorang wargamaya lagi.
Pada Mac lalu, Ameera tampil dengan imej berhijab sehari sebelum pernikahan kakaknya, Neelofa bersama PU Riz.
Must-Watch Video