Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Bulu Saja Banyak Tapi ....." - Fikry Ibrahim

Rozaimi Zubaidi
17/04/2019 03:44 MYT
Pelakon dan bekas peserta pertandingan Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim mengakui bersyukur apabila dirinya masih disayangi oleh orang sekelilingnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fikry bersyukur apabila masih dipanjangkan usia untuk menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini.

"Terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan serta mendoakan yang indah-indah sempena hari lahir yang ke-25 ini. 

"Bulu saja banyak tapi umur masih muda. Agak terharu kerana walaupun kita kurang mengenali satu sama lain tapi anda tetap teguh menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan serta mendoakan yang indah-indah sempena hari lahir yang ke 25 ini. Bulu saja banyak tapi umur masih muda. Agak terharu kerana walaupun kita kurang mengenali satu sama lain tapi anda tetap teguh menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Semoga Allah dapat membalas jasa anda. Semoga awak yang comel tengah baca caption saya ni pula dapat membalas cinta saya?. #YNWA

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


"Semoga Allah dapat membalas jasa anda. Semoga awak yang comel tengah baca caption saya ni pula dapat membalas cinta saya," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Fikry diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dalam kerjayanya pada masa akan datang.
#pelakon #Pelawak #Pelakon #Fikry Ibrahim