Laman Utama
Bunga Citra Lestari Positif COVID-19 Selepas Balik Bercuti
Bintang popular Indonesia, Bunga Citra Lestari memaklumkan dirinya kini positif virus COVID-19.
Menerusi hantaran di Instagramnya, BCL kini sedang menjalani isolasi kendiri selepas mendapat tahu dirinya positif virus berkenaan.
"Saya baru mendapat keputusan hari ini dan disahkan positif virus corona.
"Sekarang saya sedang menjalani isolasi kendiri dan insya-Allah akan pulih seperti sediakala.
"Saya menasihati orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah kekal selamat dan sihat. Jaga diri sendiri dan yang tersayang serta tingkatkan imunisasi badan anda," pesannya.
Hantaran isteri kepada arwah pelakon Ashraf Sinclair itu dihujani dengan ucapan dan doa daripada rakan selebriti dan peminat.
Awal Jun lalu BCL pernah berkongsi aktivitinya bercuti di pulau Bali, Indonesia sekaligus mencetuskan kerisauan ramai.
Justeru, ada antara komen yang ditulis di Instagram BCL yang menyifatkan situasi tersebut kesan daripada aktiviti terbabit.
"Berjalan je kerja memanglah. Mask pun hilang, kan dah kena. Aiyo.
"Tak jaga SOP gitulah.
"Udah dibilang, jangan ketemu yang abis kena COVID-19, tapi malah ketemuan terus sampai liburan bareng, yaudah get well soon.
"Yang selama ini menjaga COVID-19 banget demi Noah dan orang tua, tapi sekalinya keluar langsung jalan-jalan kemana-mana, parti kemaa-mana, endingnya seperti ini," demikian antara komen lain yang ditulis pengguna di Instagram.
Must-Watch Video