,
Hiburan

Bunkface Lebarkan Sayap Ke Indonesia, Bakal Buat Persembahan Di Festival Berprestij

Azwa Rahman
21/10/2019
11:33 MYT
Kumpulan rock Bunkface semakin melebarkan sayap mereka ke negara seberang apabila diundang untuk membuat persembahan berskala besar di Indonesia.
Memetik laporan HLive, Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan akan membuat persembahan di sebuah festival muzik terkenal di Jakarta iaitu Big Bang Festival pada penghujung tahun ini.
“Festival ini akan berlangsung pada 25 Disember 2019 dan ini merupakan platfrom terbaik untuk kami memperkenalkan lagi muzik kami di sana.
“Sebelum ini Bunkface sering juga diundang untuk membuat persembahan di Jakarta tetapi lebih kepada konsert berskala kecil ataupun gig.
“Harap persembahan kami untuk acara besar seperti festival ini membuka mata lebih ramai peminat-peminat lama dan baru di Inodnesia,” jelas Sam selaku vokalis kumpulan.
Big Bang merupakan sebuah acara berprestij di Indonesia yang menampilkan barisan artis yang popular dan terbaik.
Untuk peminat dari Malaysia yang mahu turut serta menyertai festival ini, nantikan sebarang kemas kini terbaru daripada Bunkface di laman-laman sosial mereka.
“Kami akan maklumkan macam mana untuk ke sana, berapa harga tiket dan pelbagai lagi info untuk peminat di Malaysia turun ke Indonesia,” jelasnya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Naik Mahkamah Kes Cerai, Baim Wong - Paula Verhoeven Tak Bertegur

gempak
23/10/2024
21:55 MYT
Pasangan selebriti Baim Wong dan Paula Verhoeven pertama kali hadir ke mahkamah selepas hos tersebut memfailkan perceraian terhadap wanita itu baru-baru ini.
Peraduan

GMW Giveaway: After Race Fest 2024

gempak
23/10/2024
12:30 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: After Race Fest 2024 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Raisa - TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR

gempak
23/10/2024
12:26 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Raisa - TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 8

gempak
23/10/2024
12:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 8 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

gempak
23/10/2024
02:25 MYT
Menurut pemilik nama Emira Delyati Dewi, dia dilahirkan di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri berwarna biru.
BorakSeeni