“Bunuh Orang Tak Tahu Malu, Kena Kecam Di Media Sosial Takut” - Amyra Rosli
Asyikin Mayudin
24/10/2023 04:55 MYT
24/10/2023 04:55 MYT
Boleh dikatakan kesemua selebriti tempatan menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin yang kini berdepan dengan pergolakan menerusi media sosial masing-masing.
Termasuklah pelakon Amyra Rosli yang berkongsi mengenai kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin disebabkan peperangan dengan Israel.
Bagaimanapun, perkongsian isteri kepada pelakon Amar Bahari mengenai Palestin di Instagram miliknya dipercayai telah dibuang oleh pihak Instagram.
“Bunuh orang tak takut, kena kecam kat media sosial takut. Koyak la tu,” kata Amyra.
Pada perkongsian itu juga, Amyra sempat menyelit doa agar tentera Zionis dan Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dihapuskan.
“Ya Allah, Binasakanlah Benjamin Netanyahu dan hancurkanlah tentera Zionis. Aamiin,” doa Amyra.
Rata-rata netizen di ruang komen turut memberitahu ada dalam kalangan mereka juga berdepan dengan situasi yang sama di mana perkongsian mereka tiba-tiba dikeluarkan dari media sosial.