Untuk seorang pesohor dengan nama Ben Affleck, agak mustahil wanita akan menolak pelawaan atau berkenalan dengannya.

Namun, ternyata seorang wanita dari Lebanon yang juga merupakan seorang Instafamous dengan selamba telah menolak 'salam perkenalan' Affleck kepadanya.

Wanita yang dikenali sebagai Nivine Jay ini mendakwa dirinya telah didekati sekaligus diajak berkenalan dengan pemilik akaun bernama Ben Affleck di salah satu aplikasi cari jodoh, Raya.

Menyangka akaun tersebut palsu, Nivine tidak membalas pelawaan berkenalan tersebut.

Bagaimanapun dia terkejut apabila pemilik akaun tersebut adalah benar benar bintang filem terkenal itu.

Hal itu diketahui selepas Affleck telah menghantar video dirinya kelihatan 'sedih' apabila dirinya ditolak oleh Nivine.

"Nivine kenapa anda unmatch (biarkan) saya? Ini saya (Ben Affleck)," kata Affleck dalam video tersebut yang didedahkan Nivine pada 3 Mei lalu.

Kiriman video tersebut membuat wanita cantik itu menyedari bahawa akaun lelaki yang ingin berkenalan dengannya bukan palsu sebaliknya, Ben Affleck yang sebenar,

"Saya ingat akaun ini palsu, tapi ternyata benar benar Ben Affleck selepas dia menghantar videonya di Instagram saya," kata Nivine menerusi platform Tik Tok.

Nevine kemudian meninggalkan pesanan: "Maaf Ben. #raya #benaffleck #dating #fyp."



Bagaimanapun bila kejadian ini berlaku tidak didedahkan dan pihak bintang berusia 48 tahun tersebut juga tidak memberi sebarang kenyataan selepas berita dirinya kena reject dengan Nivine menjadi viral.

Terdahulu, pemain filem Justice League ini mengesahkan dirinya memang mendaftar dalam aplikasi cari jodoh Raya sejak 2019.

Namanya juga baru dikaitkan kembali dengan mantan tunangnya, Jennifer Lopez apabila dilihat menghabiskan masa bersama termasuk berkunjung ke kediaman Lopez selepas wanita itu putus tunang bersama Alex Rodriguez bulan lalu.

Kredit Foto: Complex, US Weekly
Instagram: @nivinejay