Cabar Diri Jadi Ustazah Anna, Azira Shafinaz Ingin Buktikan Kemampuan Diri - "Apabila Dapat Peluang Ini Memang Tak Nak Tolak ..."
Zulaikha Yusof
10/04/2021 02:50 MYT
10/04/2021 02:50 MYT
Pelakon Azira Shafinaz, 30, akui terpaksa berfikir panjang sebelum menerima watak Ustazah Anna dalam filem Penunggang Agama.
Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan berkata jalan cerita dalam filem seram thriller islamik ini sangat berbeza berbanding dengan drama lakonannya sebelum ini.
"Setiap kali dapat tawaran saya akan baca sinopsis dan jalan cerita. Untuk filem ini, apabila baca sinopsis saya berasakan sesuatu yang berbeza.
"Kalau bandingkan dengan kebanyakan drama lakonan saya, filem ini sangat berbeza. Selain itu, saya juga tak pernah bekerja dengan Syafiq Yusof.
"Jadi, apabila dapat peluang ini memang tak nak tolak dan buat sehabis baik.
"Saya berfikir juga sebelum terima sebab apabila nak bawa watak ustazah tentu sahaja kena tengok dan berbalik pada diri sendiri," katanya.
Justeru, pelakon drama Married Tapi Benci tidak melepaskan peluang keemasan lantas mencabar diri memikul tanggungjawab itu.
"Apabila kita melakonkan sesuatu watak, kita kena tengok juga faktor lain. Jadi, apabila fikir balik, saya yakin yang mana kita kena cabar diri untuk bawa watak lain.
"Sebab itu saya nak cabar diri untuk menjadi pelakon yang baik. Sebab itu saya terima," katanya lagi.
Selain Azira, Penunggang Agama arahan pengarah Syafiq Yusof ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat lain antaranya Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
BACA: Pegang Watak Ustazah Dalam Filem Penunggang Agama, Azira Shafinaz Ada Niat Nak Berhijab