Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz, 30, mengakui ada menyimpan hasrat dalam diri untuk berhijab sepenuhnya.

Azira yang memegang watak sebagai Ustazah Anna dalam filem Penunggang Agama berkata dia tidak mahu melakukan perubahan terlalu drastik kerana ingin memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Sudah tentu, satu hari nanti (bertudung)... kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita.

"Saya kalau nak buat sesuatu perkara, saya tak nak buat dengan terlalu drastik.

"Sebab saya rasa, semua itu akan datang dari naluri dan niat kita... kena betulkan diri dahulu. Satu hari nanti bila saya sudah bersedia... Insya-Allah. Mungkin sekarang belum sampai waktu," katanya kepada Gempak.

Azira ditemui ketika sesi tayangan perdana filem Penunggang Agama di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya pada Isnin.

Dalam pada itu, pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan memohon agar semua pihak mendoakan agar dia mengikut jejak langkah kawan baiknya iaitu Cik Manggis.

"Doakan agar satu hari nanti saya akan berhijab sama macam Cik Manggis. Perkara ini mengambil masa..

"Jadi, saya hanya berharap orang dekat luar sana doa yang baik-baik untuk saya," katanya lagi.

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Selain Azira, filem Penunggang Agama arahan pengarah Syafiq Yusof ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat lain antaranya Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

BACA: Syafiq Yusof Sahut Cabaran Buat Filem Penunggang Agama, Harap Mesej Diterima Ramai

Jadi, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First bermula 25 Mac ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.