Bayangkan apa sahaja citarasa dan juadah menyelerakan yang ingin anda sajikan. Sudah? Sekarang, dapatkan produk KAWAN Food yang mudah, sedap, berkualiti dan disukai ramai. Kemudian, hasilkan apa yang anda inginkan.

Itulah keseronokan Cabaran Dapur Instafamous bersama produk KAWAN Food. Sesiapa sahaja dapat menyajikan makanan yang sungguh menyelerakan.



Cabaran Dapur Instafamous bersama Chef Selebriti Nik Michael telah menamakan Instafamous Atita Haris untuk menyediakan satu masakan tradisi menggunakan Kulit Popiah KG Pastry daripada KAWAN Food.



Untuk cabaran tersebut, Atita mencipta Popiah Pulut Berinti menggunakan Kulit Popiah KG Pastry daripada KAWAN Food yang mempunyai pelbagai saiz untuk pelbagai kegunaan masakan anda.



Kulit Popiah KG Pastry daripada KAWAN Food sememangnya mudah digunakan dan tidak melekat seperti yang lainnya. Apabila digoreng, Kulit Popiah KG Pastry daripada KAWAN Food cukup rangup dan berwarna keemasan.



Lihatlah hasil juadah tradisi Popiah Pulut Berinti yang dihasilkan oleh Atita. Sungguh menyelerakan dan sesuai untuk dihidang pada keluarga dan tetamu.



Saksikan video penuh Atita menyediakan Popiah Pulut Berinti dengan menggunakan Kulit Popiah KG Pastry daripada KAWAN Food.


KAWAN food turut memperkenalkan yang pertama dalam rangkaian produk Indeks Glikemik Rendah (GI) – Paratha GI Rendah dan Chapatti GI Rendah. Produk yang dilancarkan ini bersesuaian dengan bulan Ramadan, memberikan pilihan yang mudah tetapi berkhasiat untuk bersahur.



Dihasilkan daripada pelbagai campuran bahan-bahan premium seperti Okra, Dal dan Halba, produk-produk Rendah GI ini akan membuatkan anda kenyang lebih lama dan sesuai untuk mengawal kandungan gula dalam darah tanpa berkompromi tentang keenakannya.



Produk Rendah GI Paratha dan Chapatti sangat sesuai untuk mereka yang tidak punya masa yang lama kerana hanya mengambil masa tiga minit sahaja untuk disediakan.








Malah lebih mudah lagi, daripada peti sejuk beku ke kuali dan ke meja untuk dihidangkan, sesiapa sahaja boleh menyediakan paratha atau chapatti yang sungguh enak dan berkhasiat ini.



Jangan lupa untuk ke laman web www.kawanfood.my untuk pelbagai produk serta tips-tips masakan yang hebat dan menarik.