Caitlyn Jenner yang juga bapa kepada Kim Kardashian mendedahkan, penat kerana terpaksa menyembunyikan kemaluannya selama ini.

Menerusi laporan metro.uk pendedahan itu dinyatakan Caitlyn, 67, dalam buku terbaharunya, The Secrets of My Life.

Selepas hampir dua tahun bercakap secara terbuka untuk menjadi transgender, Caitlyn akhirnya membuat keputusan terbesar dalam hidupnya untuk menukar jantinanya pada Januari lalu.

Menerusi buku berkenaan, dia menjelaskan terpaksa membuat pendedahan itu susulan sering ditanya mengenai status kemaluannya.

"Adakah anda ingin tahu? Jadi sekarang anda sudah tahu. Ini adalah kali pertama dan terakhir untuk saya bercakap mengenainya.

"Pembedahan itu berjaya dan saya rasa bukan sahaja indah lebih bebas," tulis Caitlyn.

Sumber: Metro.co.uk