Hiburan
"Cakap Pasal Agama...Kau Tak Bangun Subuh Ke?" - Safiey Illias Tempelak 'Stalker'!
Usahawan kontroversi, Safiey Illias ada berkongsi hasrat untuk membawa ibunya bersiar-siar dan membeli barang kemas.
Safiey berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di Instagram yang dimuat naik sekitar awal pagi tadi.
"Tak sabar nak bawa mak jalan-jalan dan beli barang kemas banyak-banyak untuk mak, doa pagi-pagi ni memang mustajab," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Safiey sempat menulis ayat seakan menyindir segelintir 'stalker' yang sentiasa memerhati gerak gerinya di media sosial.
"Tapi itulah, hujung-hujung, stalker juga kan, tapi hujung-hujung kau cakap pasal agama, sekarang dah pukul 6.19 pagi kau tak bangun solat subuh ke? Penghujung dunia betul kan," tulisnya.
Walaubagaimanapun, Safiey tetap mengingatkan orang ramai tentang kebaikan doa seorang ibu.
"Doa mak makbul, doa mak paling mustajab, memang tak kosong, Amin," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi wargamaya di ruangan komen, ada yang meninggalkan respon positif, ada juga yang mengingatkan Safiey tentang perkara haram dalam agama.
Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Safiey kerana kembali kepada imej wanita setelah bertaubat.
Selain itu, Safiey turut mengundang perhatian ramai kerana pipinya kelihatan pelik ekoran membuat rawatan dengan doktor yang tidak bertauliah.
Namun difahamkan, Safiey telah berjumpa dengan doktor estetik yang sah untuk mengecilkan kembali pipinya itu.
Must-Watch Video