"Call Me Zahirah Swift" - Zahirah Bagi Hint Pada Aiman Hakim Minta Ajar...

Badrul Hashim
Februari 18, 2019 09:31 MYT
Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sememangnya pasangan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.
Ke mana sahaja jika berpeluang mereka pasti bersama untuk menyokong antara satu sama lain.
Terbaru nampaknya Aiman Hakim turut mengajar Zahirah untuk bermain gitar.
Dalam entri di Instagramnya, Zahirah memuat naik videonya memetik gitar. Memang terpegun dengan kejelitaannya.
"I really admire those who play music.
"Ketika di sekolah rendah, saya belajar bermain violin seketika tetapi tak meneruskannya walaupun ayah belikan satu untuk saya," tulis Zahirah dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya lagi, dia sangat teringin untuk bermain piano, salah satu 'bucket list' beliau, tetapi tidak juga berpeluang untuk belajar.
"Buat masa sekarang, saya akan memetik (gitar) ini dan harapnya guru saya dapat ajar lebih lagi," kata Zahirah sambil memberi hint kepada kekasihnya, Aiman Hakim.
#pelakon #Pelakon #Zahirah Macwilson