,
Keluang Man

Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Lee Weng Foong Buka Jalan Alternatif Orang Balik Kampung, Netizen Tersentuh

Mya Amri
30/05/2024
13:50 MYT
Kemuliaan hati individu berbangsa Cina bernama Lee Weng Foong yang berusia 52 tahun ternyata membuatkan netizen terharu.

Bantu buka jalan alternatif beri kemudahan orang ramai pulang ke kota selepas Aidilfitri

Weng Foong merupakan salah seorang daripada kumpulan penduduk di Kampung Baru Palawan dekat Langkap yang membantu membuka jalan baharu bagi memudahkan orang ramai pulang ke kota untuk menyambut Aidilfitri.
Usaha kecil Weng Foong bersama sekumpulan penduduk kampung itu juga kemudiaannya mendapat perhatian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

BERITA TRENDING: Penduduk Tempatan Sepakat Baiki Jalan Guna Backhoe, Bantu Lancarkan Perjalanan Pulang Warga Perantau

Sikap prihatin tawan hati netizen

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh penduduk Cina di kawasan berkenaan ketika melalui kawasan ladang kelapa sawit yang gelap itu juga mendapat pujian netizen yang menghargai usaha mereka.
Lebih-lebih lagi apabila mereka membuka jalan baharu dengan menggunakan jentolak.
Rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada Weng Fong dan juga penduduk kampung berkenaan.

Calon Wonder Coffee Keluang Man Of The Month

Lebih manis lagi, Weng Foong juga merupakan salah seorang calon daripada empat calon bagi kategori Wonder Coffee Keluang Man Of The Month.
Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.
Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.
Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.
Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted. Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!
Undian telah ditutup pada semalam, ini merupakan kedudukan terkini Wonda Coffee Keluang Man of the Month.
1. Saharuddin Amirullah
2. Lee Weng Foong
3. Aleeya Zailan
4. Aliff Ahmad
Juara Wonda Coffee Keluang Man of the Month akan diumumkan pada 5 Jun 2024.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.