Viral

Penduduk Tempatan Sepakat Baiki Jalan Guna Backhoe, Bantu Lancarkan Perjalanan Pulang Warga Perantau

gempak
Umirah Halim
15/04/2024
14:00 MYT
Sponsor Banner
Penduduk Tempatan Sepakat Baiki Jalan Guna Backhoe, Bantu Lancarkan Perjalanan Pulang Warga Perantau
Sekumpulan penduduk tempatan berbangsa Cina berjaya membuat seorang individu terharu apabila menawarkan diri untuk membaiki jalan ‘dalam’ yang digunakan perantau untuk pulang ke kota.

Cerita pengalaman

Menerusi perkongsian oleh seorang individu yang menggunakan nama Zairul Annuar, menceritakan pengalamannya ketika dalam perjalanan untuk pulang dari kampung halaman.
Menurut individu tersebut dia telah dibawa oleh aplikasi peta (Google Maps) ke jalan alternatif akibat jalan lebuhraya yang masih sesak.
“Awalnya kami menggunakan lebuhraya dari Simpang Pulai untuk menuju ke arah selatan. Namun oleh kerana jalan terlalu sesak, kami terpaksa masuk semula melewati susur Gopeng untuk menggunakan jalan dalam.
“Di sepanjang perjalanan kami telah menggunakan aplikasi Google Maps (GM). Alhamdulillah aplikasi tersebut sentiasa memberikan notifikasi terkini berkenaan kesesakan lalu lintas.
“Sewaktu menghampiri daerah Ladang Bikam, aplikasi GM memaklumkan ada kesesakan teruk di hadapan dan bertanya adakah kami mahu menggunakan jalan alternatif.
“Tanpa berfikir, saya langsung setuju kerana melihat jalur merah yang panjang di aplikasi.
“Alhamdulillah jalur baru di GM kini menunjukkan warna biru sebagai tanda lancar. Namun kami telah dibawa menggunakan jalan kampung yang akhirnya sampai ke sebuah kawasan perumahan kecil.
“Selepas melewati perumahan itu, kami sampai di jalan yang tidak bertar, masuk ke ladang kelapa sawit yang gelap,” tulisnya.

Jalan tidak boleh digunakan

Kemudian, tambah Zairul lagi, beberapa kenderaan dilihat berpatah balik kerana jalan alrernatif ‘kampung’ yang dibawa aplikasi tersebut dipercayai tidak dapat digunakan.
“Kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan dan mereka berhenti di samping kami sambil memberitahu jalan di hadapan tak dapat digunakan.
“Mereka mengarahkan kami agar berpatah balik. Semua kereta dibelakang kami juga diminta melakukan perkara yang sama,” kongsinya lagi.

Tawar diri bantu baiki jalan

Bagaimanapun, perjalanan untuk berpatah balik itu terhenti apabila kenderaannya diberhentikan oleh sekumpulan lelaki berbangsa Cina yang menawarkan diri untuk bantu membaiki jalan yang tidak boleh digunakan menggunakan bantuan backhoe.
"Boss, awak nak pergi KL kan? Jangan patah balik. Itu tadi depan awak tak boleh jalan kan? Takpe. Kita bawa backhoe bagi repair itu jalan. Awak tunggu sekejap.
“Kalau awak patah balik pun takde guna, jalan Ladang Bikam sana jammed banyak teruk sebab ada accident.
“Nanti awak sudah keluar jalan ini, jangan ikut Ladang Bikam, awak ikut jalan Bidor sampai KL.
"Ini kerja sekejap saja. Jalan depan itu ada sikit bukit, susah kereta biasa nak jalan, 4WD saja boleh, now kita bagi rata, jadi semua orang boleh jalan. Tapi ini jalan takde internet saja la," ujar salah seorang lelaki Cina.
Susulan itu, Zairul meluahkan rasa terharunya dengan semangat prihatin yang ditonjolkan oleh masyarakat di kawasan tersebut yang sanggup membantu untuk memudahkan perjalannnya pulang ke rumah.
“Rupanya kawasan itu adalah kawasan perumahan cina. Mereka telah sama-sama berpakat untuk membantu melancarkan perjalanan kenderaan yang melewati kawasan perumahan mereka.
“Pada masa yang sama kami lihat sebuah backhoe bergerak laju melepasi kami dari arah bertentangan.
“Kami pun berpatah balik semula ke arah jalan tadi seperti yang diarahkan. Sebaik sampai di tempat itu, jalan telah hampir siap untuk dilalui.
“Hati saya rasa terharu. Penduduk cina di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang-orang melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur.
“Mereka keluar rumah sama-sama bergotong royong. Hebat orang-orang cina Perak. Power. Ini barulah bangsa Malaysia,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Berita Trending: Lelaki Mahu Tembak Isteri Di KLIA, Tertembak Pengawal Peribadi

Berita Trending: Enam Maut Ditikam Di Pusat Beli Belah Di Sydney, Saksi Sifatkan Insiden…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024