Laman Utama
Cameron Diaz Dah Tak Peduli Soal Penampilan, Makin Malas Cuci Muka - "2 Kali Sebulan Je Guna Produk Kecantikan"
Aktres Cameron Diaz pernah menjadi pujaan peminat seluruh dunia dengan kecantikan yang dimilikinya.
Bintang Charlie Angels ini cukup terkenal dengan senyuman menawan dan penampilan menarik dengan bentuk tubuh langsing.
Namun, selepas meninggalkan dunia hiburan, Diaz mengaku dirinya kini sudah kurang memberi tumpuan terhadap penampilan. Malah dia mengatakan memikirkan tentang penampilan adalah hal terakhir yang dilakukan setiap hari.
“Saya sudah tidak peduli. Mungkin untuk keseharian, itu (penampilan) adalah perkara terakhir yang saya fikirkan setiap hari,” katanya sewaktu muncul sebagai tetamu dalam podcast milik Michelle Visage, Rule Breakers, lapor CNN.
Wanita yang akan genap berusia 50 tahun pada Ogos ini juga mengaku jarang mencuci muka biarpun memiliki pelbagai produk kecantikan di rumah.
"Mungkin saya memakai (produk kecantikan) dua kali sebulan. Ya, saya sudah tidak di dalam fasa mementingkan soal kecantikan atau penampilan.
"Tapi saya juga tidak menghakimi sesiapa yang mementingkan hal ini. Jika ia penting untuk anda, tak ada masalah," akuinya dalam temubual tersebut.
Dirinya kemudian menyifatkan terlalu memikirkan soal penampilan sewaktu masih menjadi selebriti umpama toksik.
“Ia seperti anda sedang mengutip sesuatu untuk menjadikan diri anda sempurna,” tambahnya.
Dan sekali lagi, bintang There's Something About Mary yang kini sukses sebagai seorang usahawan dan penulis ini memberitahu dirinya tidak dapat membayangkan jika kembali menjadi pelakon.
Kredit Foto: Popsugar
Must-Watch Video