Canggih Atau Menyusahkan? Masuk Toilet Kena Bayar RM1.20, Tapi Hanya Boleh Guna PayWave!
Firdaus
30/01/2024 03:55 MYT
30/01/2024 03:55 MYT
Baru-baru ini, seorang pengguna Reddit memuat naik hantaran meluahkan rasa pelik tentang sebuah tandas awam di Malaysia yang sanggup menyediakan card reader untuk pengguna melakukan transaksi secara tanpa tunai.
Menerusi entri itu, pengguna tersebut turut membandingkan sistem yang disediakan bagi memasuki tandas berkenaan sebagai lebih canggih berbanding di stesen-stesen LRT.

BERITA TRENDING:Suami Curang Dengan Anak Saudara Sendiri, Isteri Kerat & Flush Zakar Dalam Tandas
"Saya tiada masalah dengan bayaran untuk gunakan tandas, tapi tandas ni siap ada card reader rasa macam tak masuk akal.
"Dan lebih gila lagi apabila tandas ada sistem macam ni dan bukannya stesen-stesen LRT jadikan ia lebih tidak masuk akal," tulis individu itu.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah harga RM1.20 yang dikenakan untuk memasuki tandas awam tersebut.
"Mahalnya, saya selalu nampak tandas kenakan harga 20 sen ke 50 sen,"
"Kos hidup tinggi, nak buang air kecil pun kena bayar mahal,"
"Tandas tu diperbuat daripada emas ke?"
Sekadar info, lokasi tandas awam berbayar itu bagaimanapun tidak didedahkan.
Sumber: Reddit