Seorang wanita di Brazil mengerat zakar suaminya dan mengepam organ tersebut ke dalam mangkuk tandas, lapor portal berita MailOnline baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Lepas Kemaluan Terpacak Tak Turun 3 Hari

Dia berbuat demikian selepas mendapat tahu si suami curang bersama anak saudaranya yang berusia 15 tahun.

Wanita berusia 34 tahun itu kemudian pergi ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut dan mengaku perbuatannya pada 22 Disember lalu.

Menurut suspek, dia mengumpan mangsa dengan mengikatnya pada katil sebelum menggunakan pisau cukur untuk mengerat kemaluan lelaki tersebut.

BERITA TRENDING: Warga Emas Tahan Sakit 10 Minit, Cincin Tersekat Di Kemaluan

Selepas merakam gambar organ yang putus itu, suspek mengepamnya ke dalam mangkuk tandas.

Dalam pengakuannya kepada polis, suspek berkata, dia bertindak demikian kerana tahu amat sukar untuk menyambung semula zakar yang telah putus.

“Selamat petang tuan. Saya mahu memperkenalkan diri kerana saya baru sahaja mengerat zakar suami,” katanya kepada pegawai bertugas di balai polis.

Wanita tersebut kini ditahan dan didakwa atas kesalahan cubaan membunuh.

Sementara itu, mangsa yang berusia 39 tahun ditemui masih hidup dan dibawa ke hospital. Keadaannya bagaimanapun tidak dijelaskan. – AGENSI

PILIHAN PEMBACA: Abang Bomba Bantu Tanggalkan Cincin Tersekat Di 'Punai'