Melucukan, namun itulah yang terjadi kepada pelakon Hollywood Jamie Lee Curtis apabila memasukkan bertih jagung ke dalam telinganya,

Perkara tersebut dikongsi pelakon filem Freaky Friday itu menerusi satu posting di Instagramnya.

Menurutnya, tempoh 'berkurung' membuatkan kebanyakan orang melakukan perkara yang tidak dijangka.

"Jadi, saya nampaknya benar-benar terganggu dengan tempoh 'berkurung' ini.

“Saya masukkan 'earpod' ke dalam telinga dan kemudian saya pelik kenapa tiada bunyi,” katanya berseloroh.

Menerusi posting itu, Jamie turut berkongsi gambar bertih jagung yang berada di telinganya.

Jika sekali pandang, mungkin ramai yang keliru saa ada ada ia ‘earpod’ atau bertih jagung.

Pada masa sama posting itu turut menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Instagram.

Kebanyakan mereka terhibur dengan gelagat pelakon senior itu.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

A post shared by Jamie Lee Curtis (@curtisleejamie)