Cantik Berhijab, Ramai Doakan Lana Nodin Yang Baik-Baik - “Manisnya Dia, Semoga Kekal Macam Ni”

Mya Amri
April 14, 2024 02:55 MYT

Penampilan pelakon Lana Nodin ketika menyambut hari lebaran bersama keluarga mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, video pendek dimuat naik itu merakamkan Lana yang memakai hijab sedang tersenyum memandang kamera.

“Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga,” tulisnya ringkas.

Ramai doakan semoga istiqomah

Sementara itu diruangan komen pula, rata-rata netizen gembira melihat penampilan Lana yang manis bertudung dan mendoakan agar ibu kepada dia anak itu kekal istiqomah.

Antara komen yang diterima adalah:

“Cantiknya sis Lana, semoga terus istiqomah. Saya doakan yang baik-baik untuk Lana sekeluarga,”

“Alhamdulillah, makin manis bila Lana berhijab. Salam Aidilfitri buat Lana sekeluarga,”

“Lana cantiknya. Semoga terus berhijab,”

Belum beri kenyataan

Bagaimanapun, Lana masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai penampilannya itu.

Melalui perkongsiannya di Instagram sebelum ini, Lana dilihat mengenakan hijab sejak Ramadan lalu.

BACA: "Saya Bukan Ubah Ciptaan Allah, Cuma Merawat..."- Lana Nodin Dah Rujuk Pakar Agama & Minta Izin...

BACA: Lana Nodin Selesai Jalani Pembedahan Hidung Di Korea, Syukur Tiada Bengkak & Lebam Pada Wajah; “I Don’t...

Untuk rekod, Lana berkahwin dengan Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 8 dan William Daud Mckienzie, 5 tahun.

#Berhijab #Lana Nodin #Raya #Raya 2024