Laman Utama
Da'i Syed Komen Isu Lana Nodin Bedah Hidung Di Korea - "Ia Bukan Mengubah Ciptaan Allah Jika…"
Perkongsian aktres Lana Nodin mengenai pembedahan hidung yang dilakukan di Korea baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Biarpun rata-rata netizen memahami tindakan akres itu namun masih ada segelintir mereka yang menganggap perbuatan tersebut haram dalam sisi agama Islam.
Untuk mendapatkan kepastian, pendakwah selebriti Da’i Syed menjelaskan pembedahan diharuskan atau dibolehkan hanya atas sebab kesihatan atau mengaibkan individu tersebut.
“Dalam hukum asal, kalau kita mengubah sesuatu yang dicipta asal oleh Allah SWT, contoh dah memang cantik tapi kita ubah kononnya nak cantikkan lagi, jadinya haram la.
“Sebab ia dah kira mengubah ciptaan Allah. Tapi kalau misalnya kening kita sebelah macam penuh (lebat) dan sebelah lagi tidak. Maka dibolehkan untuk cukur sekiranya ia mengaibkan.
“Kalau dia membuat pembedahan disebabkan masalah kesihatan, setiap 5 atau 10 tahun memang perlu untuk dibedah atas nasihat doktor, maka diharuskan atau dibolehkan.
“Cuma, kalau saja-saja nak buat maka ia haram la. Masalah kesihatan, atau mengaibkan dirinya atau pernah kemalangan, jadi atas nasihat doktor dia perlu untuk buat pembedahan maka ia diharuskan dan dibolehkan,” katanya kepada Gempak.
Da’i Syed mengulas mengenai perkara tersebut selepas ditanya oleh pihak media ketika ditemui diMajlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.
Pendakwah yang juga seorang penyanyi itu juga sekali lagi menegaskan bahawa pembedahan yang dilakukan aktres itu bukanlah mengubah ciptaan Allah.
“Ia bukan mengubah ciptaan Allah, jika atas sebab kesihatan atau keaiban,” ujarnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video