HIBURAN
Cantik Berpurdah, Majlis Resepsi Aisyah Aziz & Suami Indah Penuh ‘Nuansa Islami’ - “Selawat, Qasidah & Bacaan Ayat Suci Al Quran…”
Majlis menyambut menantu penyanyi Aisyah Aziz dan suaminya iaitu Dr Amir yang difahamkan berlangsung pada Ahad menarik perhatian netizen di laman sosial.
Alunan selawat & ayat Al Quran
Menerusi perkongsian pengacara Fedtri Yahya di TikTok, majlis tersebut sangat indah dengan alunan selawat dan ayat suci Al-Quran dalam ruang dewan itu.
“Usai mengacarakan resepsi indah penuh nuansa Islami. Resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir. Selawat Qasidah, dan bacaan ayat suci Al Quran menghiasi ruang dewan yang makmur,” kongsinya.
Rata-rata netizen di ruang komen teruja melihat video memperlihatkan suasana majlis selain turut mengatakan solekan Aisyah dan pelamin sama seperti birasnya, selebriti Neelofa.
ARTIKEL BERKAITAN: Terima Kehadiran Biras Baru, Neelofa Sifatkan Aisyah Aziz Seorang Lemah Lembut & Tak Banyak ‘Songeh’ - “Dia Sangat Mudah Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Yang Saya Lihat Adalah Bahagia Seorang Abang Bersama Teman Hidupnya” - PU Riz
“Pelamin dia pun hampir sama dengan Neelofa. Taburan bunga-bunga putih.
“Make up (solekan) dia ala-ala Neelofa la,” komen netizen.
Kelihatan Neelofa dan suaminya yang juga abang kepada pengantin lelaki iaitu PU Riz atau Haris Ismail turut menghadiri majlis tersebut.
Keluarga Aisyah termasuklah abangnya iaitu penyanyi Aliff Aziz juga dilihat hadir bagi menyempurnakan hari bahagia adiknya.
Untuk rekod, Aisyah berkahwin dengan abang kepada PU Riz di Singapura pada 11 April lalu.
undefined